Monday, September 15, 2014

PERISIAN MULTIMEDIA

Perisian multimedia teridiri kepada 4 bahagian iaitu
Grafik , Audio , Video , dan Animasi.


A)Perisian Grafik
>   Perisian editor grafik boleh menghasilkan data media dalam bentuk grafik iaitu                  sebarang data media sama ada dalam bentuk teks atau imej.Perisian editor 
     grafik juga boleh memperbaiki atau merubah rupa grafik mengikut kesesuaian                    warna dan saiznya.


> Contoh perisian editor grafik adalah Adobe Illustrator ataupun Adobe Photoshop.                 Format fail piawai bagi perisian editor grafik PICT,BMP,JPEG dan TIFF.
   
1. Adobe Photoshop
   
2. Adobe Ilustrator
B)Perisian Audio
Perisian editor audio adalah perisian untuk menyunting atau mengedit audio. Perisian         ini digunakan untuk memilih,memotong dan mencantumkan bahagian-bahagian data           media berbentuk audio yang kita terima. Perisian ini juga mengurangkan atau                     menambahkan kadar volume audio.
> Ia juga dapat mengurangkan kebisingan di dalam rakaman serta meninggi dan                     merendahkan nada atau“pitch”dan gema audio.Terdapat beberapa jenis perisian                 editor audio. Antaranya ialah perisian Soundforge.Format fail piawai yang digunakan         untuk menyimpan fail berbentuk audio ialah WAV,MID,MP3 dan RA.
   
1. Soundforge
C)Perisian Video
Perisian editor video pula digunakan untuk menyunting atau mengedit video. Apabila           peranti input menerima sumber media berbentuk video,perisian ini digunakan untuk           memilih,memotong dan mencantumkan bahagian-bahagian data video mentah tadi.             Perisian editor video membantu memberikan kesan visual yang sangat baik kepada               data video kita.
Perisian ini juga digunakan untuk mengawal terang, malap atau gelapnyasesuatu data         video. Umpamanya data video boleh diubah-ubah seolah-olah seperti waktu malam             atau petang.
Terdapat dua jenis contoh perisian editor video iaitu Adobe Primer dan Broadcasting.         Format fail piawai bagi perisian editor video adalah AVI, MOV, RA dan QT.

1. Window Movie Maker
D)Perisian Animasi
Animasi berlaku apabila elemen grafik bergerak-gerak. Ia dibina dari data foto dan             grafik kaku.
Antara contoh-contoh perisian editor animasi ialah perisian animasi “Adobe Flash”,             perisian animasi 3D, dan perisian “Blender”. Format fail piawai untuk menyimpan               data berbentuk animasi adalah SWF dan GIF

1   1. Adobe Flash
2. Blender
> Walaubagaimanapun,bagi animasi dalam bentuk teks terdapat banyak perisian yang            boleh digunakan untuk menghasilkan animasi yang menarik untuk kemudahan kita.

Jadual Ringkasan Fungsi bagi setiap jenis perisian penyunting

Perisian
Fungsi
Contoh
Format

Editor teks


Menghasilkan,
Menformat,
Menyunting,
Menyimpan teks

Microsoft word,
Notepad,
wordpad
.doc
.txt
Editor grafik
Menghasil, melukis,mengimbas, menyunting imej, dan gambar

Paint, Adobe Photoshop, CorelDraw,AutoCad, Freehand, Ilustrator
.bmp, .psd, .jpg,
 .gif, .tif, .wmf, .tga
Editor animasi
Menghasilkan
animasi
Gif animator, Autodesk Animator, Macromedia, Director, Flash

.gif,  .dir
Editor audio



Menghasil, menyunting, merekod audio.
Sound recorder, Media Player, Soundforge, SoundEdit 16, CoolEdit,WaveStudio

.wav,  .aif,  .mid, 
.au,  .mp3
Editor video
Menangkap, mendigitkan, menyunting video
Quicktime, Adobe Primiere, videoShop, MediaStudio Pro

.mov,  .avi,  .mpg
Alat pengarangan (Authoring Tool)
Menyunting, mengorganisasi, mengaturcara pelbagai media
HyperCard, ToolBook, Authorware, Macromedia Director, MediaForge



   


No comments:

Post a Comment